Terma & Syarat

Setiap pelanggan yang membuat tempahan samada melalui laman web ataupun secara atas talian adalah tertakluk kepada terma & syarat yang pihak syarikat tetapkan disini.
01

Sesiapa yang tidak mempunyai lesen memandu kelas ‘D’ tidak dibenarkan untuk memandu kereta yang disewa dan sekiranya perkara ini tidak dipatuhi penyewa akan dipertanggungjawab sepenuhnya.

02

Penyewa dilarang sama sekali melakukan sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang kerajaan malaysia

03

Penyewa tidak dibenarkan sama sekali menukar sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa.

04

Segala tuntutan saman jalanraya ataupun saman yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh penyewa.

05

Sebarang kerosakan (kecil atau besar) akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa dan penjamin
Terbabit. Sebarang tunututan gantirugi akan dikenakan mengikut kerosakan yang dialami. Jika
Berlaku kemalangan dalam tempoh sewaan dan kos pembaikian 1000 ke bawah adalah tanggungan pihak penyewa

06

Kereta yang disewa mestilah dipulangkan tepat mengikut masa yang dijanjikan. Sekiranya lewat, bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak rm5.00 untuk setiap ½ jam. Sekiranya penyewa tidak memulangkan kereta melebihi 24 jam tanpa sebarang pesanan / maklumat adalah dianggap sebagai kes “curi kereta”. Laporan polis akan dibuat dengan segera. Sebarang masalah yang timbul akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa terbabit. Penyewa mestilah menghubungi syarikat sekiranya ingin menambah sewaan harian berikutnya.

07

Kereta yang disewa adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh penyewa dalam masa yang telah dijanjikan. Sebarang masalah ataupun kes yang timbul, adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh penyewa dan penjamin terbabit. Ianya tiada kena mengena dengan tuan punya kereta tersebut. Jadi diingatkan sentiasa “berhati-hati di jalan raya”. Kereta yang disewa haruslah dijaga dengan sebaik mungkin.

08

Kereta yang disewa hanya untuk kegunaan di dalam kelantan sahaja jika didapati penyewa membawa kereta sewa ini keluar dari sempadan negeri kelantan penyewa akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak rm200/1hari

09
  • Dukumen yang perlu diserahkan ketika mengambil kereta Salinan ic dan Salinan lesen*
  • Untuk makluman pihak pelanggan, pihak kami menyerah kenderaan dengan minyak yang penuh (FULL
    TANK), Sekiranya penyewa menghantar kenderaan dengan minyak yang kurang pihak kami akan mengenakan bayaran Rm 20/Bar.
  • Penghantaran kereta sekitar Kota Bharu akan di kenakan bayaran RM 30 tertakluk kepada kawasan.
  • Bayaran Wang Cagaran RM 100 akan di pulangkan dalam masa 1-3 hari bekerja.

© 2022 All Rights Reserved KBRentalCar│
SYARIKAT: CHAUFFEUR KELANTAN│NO.SSM:202103351325 (TR025229-A)│
Design by Denai Art